:: [ Ahlan Bikum ] ::
:: [ Asas Laman ] ::
Laman Utama
Cerpen Pilihan
Gambar Kenangan
:: [ Al Waktu Kas Saif ] ::
:: [ Kalender Hijrah ] ::
:: [ Pesanan ] ::

Free shoutbox @ ShoutMix
:: [ Ulama' Hakiki ] ::
Letak mouse untuk berhenti

Syeikh Nuruddin

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Banjari Al-Makki

Dr Yusof AlQardhowi

Dr Yusof Qardhowi

Habib Abdul Qadir

Habib Abdul Qadir Al-Saqaf

Syiekh Ali Jumaah

Syeikh Ali Jumaah

YAB Tuan Guru

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sohibus Samahah Mufti Perak

Dato' Harussani Zakaria

:: [ Audio Sistem ] ::

< Kalamullah >

Putera Puteri #Petikan Dari Album Terbaru Inteam - Nur Insani.

:: [ Rentak Mujahid ] ::
Letak mouse untuk berhenti

Manusia yang hidup untuk diri sendiri, maka usianya adalah teramat pendek.
Bermula dari hari kelahirannya dan akan berakhir ketika disapa Sakaratul Maut.
Akan tetapi bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan Islam, usianya terlalu panjang. Bermula sejak Allah menciptakan Adam dan akan berakhir ketika Allah memusnahkan alam...

`Sayyid Qutub`

:: [ Cinta Agung ] ::

:: [ Indahnya Islam ] ::
`Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah, suara yang merdu, menunjukkan dalam agama pun ada seni suara`
:: [ Untukmu Mujahidah ] ::

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan buat semua pengunjung. Semoga hari-hari dalam hidup kita dihiasi dengan keimanan & ketaqwaan. Setiap langkah hanya keranaNya. Begitulah kehidupan, akan terlalu indah jika segalanya kerana DIA Yang Maha Penyayang.

| YALLA BIENA...bersama kita | Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi | Maniskan ilmu dengan seribu amalan | Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah | Kasih yang manis bersulam iman tercinta |

:: [ N.A.R.R.A.T.I.O.N ] ::

| Di bibir kami tak pernah terlafaz | Nama-Mu Ilahi | Hanya terukir kata nista | Berwangian dosa | Jiwa kami parah terluka | Lantaran noda | Segala-galanya terukir lagha | Kerana nafsu beraja | Kami sesali kejahilan diri | yang selama ini | Bersarang di hati dan tergambar ngeri | Pedih seksa-Mu nanti | Hati kami suram dan kelam | Tak bercahaya | Bagaikan malam tiada berteman | Seri sang rembulan | Wahai Tuhan bantulah kami | Lindungi kami yang tak berdaya | Di bumi-Mu ini | Kami nantikan sinar nur-Mu | Yang kami rindu dan damba selalu | Tertingkat rasa bimbang dan ragu | Untuk mengadap-Mu | Kami rayukan keampunan dan keredhaan | Dari-Mu Ilahi | Nyalakan segera obor cinta kami | Pada-Mu Ilahi | Kami syukuri atas nikmat-Mu | Yang melingkari diri kami | Lantas membangkitkan rasa kecintaan | Di hati kami | Lalu terbinalah hidup yang hakiki | Dan tenang di Firdausi |

Sebuah Langkah Baru
Monday, April 2, 2007
Aku memandang gelang tangan pemberian Amran. Aku membeleknya dengan teliti. Cantik, tetapi… ianya tidak sesuai untukku. Aku kotor, perempuan hina. Aku jijik dengan diriku sendiri. Aku menangis lagi entah untuk kali yang keberapa. Mengenangkan segala apa yang terjadi. Menyesali takdir dan qada serta qadar yang ditentukan tuhan. Mengapa aku?

************

“Aliana, kau ok ke?”tanya Ika padaku. Aku tersenyum pahit. “Kenapa pula tanya macam tu?”soalku kembali. Menjawab pertanyaan Ika dengan pertanyaanku. Mata bundarku menatap kembali pemandangan laut beserah itu. Subhannallah, cantik sekali Pantai Beserah ini!
“Aku nampak kau pucat sikit akhir-akhir ini. Kau sakit ke?”Ika menyoalku sambil memegang tanganku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Spontan. Ika terkejut. Aku tidak sedar apa yang ku lakukan. Yang pasti, riak spontan Ika dapat ku rasa.
“Sorry, Ika! Aku tak sengaja, I’m not remain that,”kataku sambil tersenyum sedikit, menutup kesalahanku. Pandangan kuhalakan ke arah Ika. Ika menguis kakinya ke dada pasir Pantai Beserah.

“Tak apelah. Maybe, kau memang tak sengaja. Lupakan hal tu,”. Ika cuba menyedapkan hatiku. Aku benar-benar tidak tahu hatiku kini. Kadang-kadang, aku tidak faham perasaanku. Aku terasa tertekan. Aku rasakan yang aku ini adalah perempuan paling hina, kotor dan menjijikkan. Kenapalah aku yang mengalami ini semua. Adakah Tuhan sudah tidak sayangkan aku? Bagaimana perhubunganku dengan Amran? Adakah dia akan menerimaku dalam keadaan begini?
“Lia, kau ok ke? Aku nampak kau lain macam aje. Beritahulah aku kalau kau ada problem.”

“Tak ada apa-apalah Ika. Thanks for caring me. Aku tak ada masalah apa-apa. Ika, sebenarnya aku nak kau tolong aku,”kataku penuh berharap.
“Tolong? Tolong apa? Kecil tapak tangan, negara alaysia nih aku tadahkan”. Aku tersenyum mendengar leluconnya. Tanganku menyeluk beg lalu ku mencari sesuatu.
“Kau cari apa?”soal Ika padaku. Aku mengangkat tanganku. Dia terdiam.
“Ika, tolong kasi ini pada Amran. Beritahu padanya, aku minta maaf bebanyak, dan satu lagi kasitau dia jangan cari aku lagi,”. Lantas aku berlalu meninggalkan Ika. Ika pelik melihat sIkapku. Ika mengejarku dari belakang.
“Lia, kau tak boleh buat macam ni. Kenapa ni?” Tanya Ika lembut. Ni yang aku lemah nih. “Ika, kau takkan faham. Tak ada sesiapa pun dalam dunia ini akan faham,” kataku menahan tangis. “Lia, kalau kau tak kasitau, macam mana aku nak faham? Macam mana orang kat dunia ni nak faham? Please Lia! U can trust me!” Ika mendesakku.
“Ika, please don`t ask me anything. I don`t know what happened with myself. Please Ika!” Aku merayu padanya. “Tolong jangan tanya aku, Ika!” ulangku berkali-kali.
“Baiklah, kalau kau dah bersedia nanti, beritahulah aku. Aku kan bestfriend kau! Trust me! Jomlah, kita balik!”

************

Peristiwa hitam itu sentiasa mengganggu fikiran Alia. Setiap malam, Alia tidak dapat tidur dengan lena. Bayangan hitam itu sentiasa menghantui fikirannya. Dia pernah cuba melupakannya, namun tidak berjaya. Dia ingin hidup gembira. Ingin menjadi Aliana yang dulu. Aliana yang ceria dan periang. Dan mampu menarik perhatian sesiapa saja.

Entah mengapa, dia tidak mampu untuk berlakon di hadapan sahabat baiknya itu. Dia teringat kembali peristiwa hitam itu. Sebulan yang lalu, ibu dan adiknya ke kampung sebelah untuk menghadiri kenduri kahwin. Jadi, mak limah (ibu Aliana) ajak mak tua. Pak tua tidak ikut sekali kerana kurang sihat. Jadi, mak Limah mengharapkan pak tua melihat-lihat dirinya kerana dia tinggal seorang diri dirumah.
Bukan dia sengaja untuk tidak mengikut ibunya, tetapi dia harus siapkan segera segala dokumen yang berkaitan dengan pembelajarannya di IPT tahun depan. Dia tidak mahu mengecewakan hasrat ibunya seperti dahulu disebabkan oleh penolakkannya untuk ke KUSTEM. Kini, dia juga yang merana. Orang lain sedang belajar di menara gading, dia pulak merana di bawah pohon kelapa gading. Dia tidak mahu sejarah lama berulang kembali. Dia mahu mengikut jejak langkah jejaka kesayangannya yang telah menjadi graduan dari UTM skudai itu. Sekarang, jejaka itu menjawat jawatan tinggi di Kuantan.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, dia terdengar bunyi ketukan pintu. Dia terpisat-pisat bangun. Dia mendengar orang memanggil-manggil namanya. Dia tidak berani membuka pintu kerana dia tinggal bersendirian. “Siapa tuh?”soalnya gementar. Kalau hantu, habislah aku! Hatinya sempat berbisik.
“Pak tua nih!” suara itu berkata. Aku lega. “Kenapa, pak tua?”soalku sebaik saja membuka pintu. Pak tua seolah-olah tidak berkelip memandangku. Aku kaget. Apsal ngan orang tua nih? Aku memandang diriku, rupanya aku memakai baju senget sebelah. Aku membetulkannya.
“Pak tua nak pinjam pelita. Ada tak? Entah di mana mak tua kau simpan pelita tuh,”pak tua menjelaskannya padaku. Aku mengangguk. “Jap, Lia cari!”kataku, membuka luas pintu itu. Lagipun, aku hanya berdua dengan pak tua, manalah tau ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Lagipun, dia lelaki dan aku perempuan, negatif kalau bertemu positif akan saling tertarik. Lebai kalau duduk dalam bilik dengan seorang perempuan pun akan tercabut serbannya, inIkan pula…??

Aku menapak lalu membuka pintu almari. Mencari-cari pelita yang dimaksudkan. Aku terbongkok-bongkok mencari pelita yang biasa disimpan oleh ibu. Manalah tau kalau bekalan elektrik terputus ke, ape ke.. tanpa disedari, perlakuannya dari tadi menjadi tontonan pak tua.
Tiba-tiba, Alia merasakan bagai ada tangan yang memeluknya dari belakang. Alia terkejut lalu berpaling. Dia sudah dapat menghidu niat jahat pak tua. Dengan kudrat yang ada, Alia menendang pak tua. Pak tua terlontar ke belakang. Alia mengambil kesempatan ini berlari ke pintu hadapan yang tadinya di buka luas. Rupa-rupanya, pak tua sudah menguncinya. Dengan tangan yang terketar-ketar, Alia membuka selak pintu. Namun, Alia tidak sempat. Pak tua menarik Alia dari belakang. Bajunya terkoyak. Pak tua memeluknya. Alia meronta-ronta, menentangnya. Dia menampar Alia, Aia jatuh tersungkur.

Kemudian, dia menelentangkan Alia. Dan, semuanya berlaku. Bagai harimau yang kelaparan, dia membaham Alia. Meratah Alia serakusnya. Alia tidak mampu untuk melawan. Sebelum pak tua pulang, dia melangkahi badan Alia, “Ingat Lia, kau jangan kasitau orang lain. Kalau tidak, aku akan bunuh kau. Ingat, kalau kau bocorkan rahsia ini, bukan aku sahaja yang mendapat malu, bahkan juga kau. Perempuan kotor!”dia meludahi Alia.

Alia menangis teresak-esak. Hingga pagi, Alia menangis sendirian. Dia benar-benar tidak menyangka pak tua yang berumur akhir 50 an dan layak dipanggil datuk memperlakukannya demikian. Dia sungguh-sungguh tidak menyangka. Adakah aku masih mempunyai tempat di dunia ini? Adakah aku masih mempunyai tempat di hati Am? Dia benar-benar tidak tahu… Apakah dosa aku?

**********

“Lia, apa dosa aku? Apa salah aku??”tanya Amran padaku. Aku mendiamkan diri. Lia, kuatkan hati! Tuhan, lancarkan mulutku untuk berkata-kata tuhan! Sempat lagi hatinya berdoa.
“Kau tak berdosa pada aku, Am! Kau tak bersalah pada aku, Am! Aku yang berdosa, aku yang bersalah!”mataku masih lagi melihat Pantai Beserah itu. Masih seperti minggu lepas, sewaktu ditinggalkan bersama Ika. Melihat sang ombak memukul pantai. Yang pastinya, pantai tetap menjadi mangsa dan menerima akibatnya. Sang ombak pula terus berlalu, selepas menghempaskan dirinya.

“Apa maksud kau, Lia?”soal arkitek muda itu padaku.
“aa… aku. Aku dah tak cintakan kau, Am! Dulu, semasa aku menjadi kekasih kau, aku hanya kesian kau. Tak ada sedikit pun perasaan cinta dalam diri aku untuk kau, Am!” Ya Allah, kenapalah aku tergamak membohonginya? Maafkan aku, Am! Aku perempuan hina, tak layak buat kau! Siapalah aku di mata kau kalau aku memberitahu perkara sebenarnya.

“Lia, kau jangan nak tipu aku. Renunglah mataku, kemudian cakap yang kau tak cintakan aku!” Macam mana harus aku hadapi semua ini. Tolonglah hambamu ini, Ya Allah! Mata bundarku merenung tepat matanya. Menyahut cabarannya.
“Am, aku tak cintakan kau. Usahlah panjangkan kisah ini lagi. Kau tak berdosa, yang berdosa aku. Maafkan aku Am! Aku benar-benar tak mencintai kau,”lancar mulutku mengatakannya. Di dalam hatiku, hanya Tuhan yang tahu. Hancur luluh hatiku. Wahai hati, kuatkanlah semangatmu.
“Kalau ini keputusan Lia, Am terpaksa menerimanya. Walaupun hati Am sakit. Am akan cuba melupakan Lia. Lia simpanlah balik gelang nih. Am takkan ambil barang yang Am telah berikan kepada orang. Am pergi dulu. Terima kasih atas segalanya.” Gelang yang dipegangnya sudah bertukar tangan. Amran meninggalkan Aliana sendirian.
Apa yang harus ku lakukan? Amran, kenangan manis percintaan kita masa lalu akan terus bersemadi di dalam hatiku. Percintaan kita bagaIkan bunga kemboja, gugur ke bumi akhirnya. Namun, akan tetap berbau harum dan mekar di taman hatiku. Maafkan aku, Am! Bukan niatku untuk melukakan hatimu. Kau terlalu baik buatku…

************

“Lia, apa yang kau cakapkan dengan Amran? Semalam, lepas dia jumpa kau… terus memerap dalam bilik. Makan pun tak lalu. Kenapa ni? Kau dah putus dengan dia ke?”duga Ika. Aku menganggukkan kepalaku. Ika sedikit terkejut. “Kenapa?”soal Ika lembut.
“Ika, kau takkan faham masalah aku walaupun aku kasitau kau. Nanti, kau akan membenci aku pula. Cukuplah, kalau aku katakan yang aku dah tak sayangkan dia lagi,” bohongku. “Lia, aku kenal kau lebih dari kau kenal diri kau sendiri. Aku tau, kau masih sayangkan dia. Cuma, aku rasa mungkin kau ada masalah peribadi. U can trust me. U can believe me. Are u have something wrong in some where?” soal Ika. Alia benar-benar tidak dapat mengelak lagi. Dia tiba-tiba berasa sebak.
“Ika, kalau aku kasitau kau.. kau jangan beritahu orang lain. Ok?? Kau kena janji!”Ika mengangguk kepalanya. “Sebenarnya, aku bukan gadis lagi. Aku telah di ….. “ aku menangis tersedu-sedu di bahu Ika. Ika menenangkanku. Aku menceritakan segala-galanya kepada Ika. “aku kotor, Ika! Aku kotor. Aku jijik dengan diri aku sendiri. Aku…. Aku tak layak berkawan dengan kau. Aku redha kalau kau dah tak nak kawan dengan aku,” kataku tersedu-sedu. Ika memelukku.

“Kau tetap kawan aku sampai bila-bila. Aku akan terima kau walau apa jua keadaan kau. Sabar Lia! Sabar, itu yang penting. Ingatlah Lia, sabar dan doa adalah senjata orang teraniaya. Apa yang penting, kau mesti teruskan hidup ini. Negara kita ada undang-undang, Lia! Bawalah perkara ini ke muka pengadilan lia. Kau sudah cukup terhukum dengan semua ini, Lia!” Ika terus-terusan menasihatiku. Sedikit sebanyak, kata-kata Ika berkesan di hatiku.
“Aku takut, Ika! Aku malu! Kalau aku report polis, sama seperti aku membuka pekung di dada sendiri. Apa, kau tak jijikkah dengan aku?”mataku tepat memandang Ika.

“Lia, kalau kau report polis, bukan bermakna kau membuka aib sendiri. Biarlah pak tua kena hukumannya Lia. Kalau tidak, dia takkan serik Lia. Hari ini dia buat engkau macam itu, esok, lusa.. entah siapa lagi yang terkena. Kau kena ingat tu, Lia! Aku nasihatkan kau begini. Sebab.. sebab ,” tiba-tiba, Ika yang petah berkata-kata tergagap. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku memandang matanya, memintanya menceritakan apa yang berlaku.

“Lia, sebenarnya.. aku dah merasa apa yang kau rasa. Cuma, bezanya kau terjadi di kala kau sudah pandai memikir mana yang baik dan yang buruk. Aku.. ketIka itu semua berlaku, aku masih kecil lagi. Dan, yang melakukan itu semua adalah ayah aku sendiri. Ayah aku, Lia! Orang yang sepatutnya menjaga maruah aku, tetapi dia sendiri melakukannya. Reportlah kat polis, Lia! Diorang pasti tau apa yang harus dilakukan. Dengarlah cakap aku, Lia!”aku tersentak. Betulkah atau Ika hanya ingin menyedapkan hatiku. Lalu merekakan cerita??
“Tentu kau tak percaya apa yang aku ceritakan, kan? Aku sendiri pun tak percaya apa yang berlaku ke atas aku. Tapi, kau bernasib baik, Lia! Kau masih mempunyai ibu dan adik kau tempat kau mengadu. Tapi, aku? Aku hanya ada keluarga Amran sahaja sebagai keluarga aku. Namun, aku bersyukur sebab ibu saudara aku sedia terima aku menjadi anaknya, Lia!!”aku dan Ika menangis berpelukan. Mulai hari ini, aku akan berani melangkah. Aku akan menjadi Aliana yang dulu…
posted by MBH Galleri @ 8:21 AM   0 comments
REFORMASI
PORTAL

ANALISIS ISU @ BERITA


AKHBAR
Malaysiakini.com
Agenda Daily
Malaysia Today
Bernama
Berita RTM
The Star
The Star Melayu
Newskini
WEB BLOG
Cucu Mat Kilau
WebBlog Tok Janggut
Jiwa Kita Merdeka
Azizi Abdullah
Titian Perjalanan
Peghelih La...
Apa Ada Pada Nama
Faisal Tehrani
Pena politik
Bukan Kerana Nama
HalimIslam
Penjejak Badai
WebBlog Cyberpoyo
Selak
Zaharuddin.com
KakiBlog
Naungan Quran
Lord Azaab
FORUM @ e-GROUPS
Forum Gerak Reformasi
Guru Reformasi Online
Forum UMNO-Reform
Halaqah.Net
Borak Kosong
Shoutus Syabab

 


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah persatuan mahasiswa yang berada di Negara Mesir. Ianya telah ditubuhkan sejak tahun 1930, iaitu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

+ Apakah yang anda tahu tentang PMRAM?

+ Pernahkah anda mendengar tohmahan yang mengatakan PMRAM adalah sebuah Parti Politik, yang mendidik ahlinya menentang kerajaan?

+ PMRAM tidak menjaga kebajikan ahli, sebaliknya menjaga kepentingan peribadi...

Dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas ini. Justeru jangan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja, tetapi kita perlulah bijak sesuai dengan status kita selaku mahasiswa. Keluarlah dari atmosfera yang tertutup dan berkedap lantas menerobosi udara segar yang mengajak kita berfikir dan bertindak secara matang.

INGINKAN MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN PMRAM, SILA LAYARI : http://www.pmram.org

`Kenali dan hayatilah roh perjuangan mahasiswa Melayu Malaysia di Perlembahan Nil menerusi wadah PMRAM selaku persatuan induk di Mesir.`

Harap Maaf. Ruangan ini masih di dalam proses pembikinan. InsyaAllah akan diupdate as soon as possible. Terima Kasih di atas lawatan anda.

Kaedah Penyelesaian Masalah Perbezaan Pandangan Atas Sesuatu Permasalahan Menurut Islam. Firman Allah SWT, bermaksud :

"Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Ulil-Amri' (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya"

:: | Surah An-Nisa : 59 | ::

 


Larangan Melakukan Perlakuan Mengumpat Di Dalam Al-Quran, FirmanNya yang bermaksud :

"...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"

:: | Surah Al-Hujurat : 12 | ::

"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

:: | Surah Al-An'am : 162 | ::

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka."

:: | Surah Ali-Imran : 190-191 | ::

:: [ About Me ] ::

Alang_Najwa & My_Sarah
`Bumi Allah Ta'ala`
`Insan Lemah Di SisiNya `
See my complete profile

:: [ Artikel Terdahulu ] ::
:: [ Arkib ] ::
:: [ Jaringan Ukhuwah ] ::

+ Ustaz Nasaruddin +

+ Ustaz Mohd Amin +

+ Ustaz Nik Ahmad Shahir +

+ Ustaz Azraei +

+ Ustaz Mohd Kamal +

+ Ustaz Mohd Taufik +

+ Ustaz Mohd Fadzlah +

+ Ustaz Mohd Zarimi +

+ Ustaz Afifuddin +

+ Ustaz Abrar +

:: [ Dunia Mahasiswa ] ::

+ PMRAM +

+ PMIUM +

+ PKPIM +

+ PERMAYA +

+ ISIUKM +

+ PPMS +

:: [ Berita Semasa ] ::

+ Berita Harian +

+ Utusan Malaysia +

+ Harian Metro +

+ Harakah Daily +

+ Tranungkite Online +

:: [ Laman Pilihan ] ::

+ PAS Pusat +

+ Pemuda PAS +

+ Ikhwan +

+ Muslimah +

+ Sahabat Hijjaz +

+ Teman In Team +

+ Portal Rabbani +

+ TV PAS.com +

+ My Kuliah +

+ Palestin Kini +

+ Nisa' Malaysia +

+ Nisa' Wilayah +

:: [ Powered by ] ::

© MBH ArtD'Sign

Free Blogger Templates

BLOGGER

:: [ Azharian Site ] ::

Azharian's Topsite